Terlupa pula bila Terima Panggilan Masuk

‘Helo”
“Helo”
“Ada apa ni?”
“Saya Mariasa, bukan kah encik yang
minta saya menelefon semula kepada saya?”
“telefon balik? Pasal apa ya?”
“Manalah saya tahu fasal apa. Encik
tinggalkan pesanan dalam mel suara saya untuk saya hubungi semula”
“La maaflah Cik, hampir terlupa saya,
maklumlah terlalu ramai yang saya hubungi semalam, sebenarnya Cik……..”
Mungkin perbualan telefon seperti ini
mungkin berlaku kepada kita semua. Kita yang menghubungi prospek/pelanggan
tersebut, tinggalkan mesej melalui mel suara telefon bimbitnya atau menelefon
pejabatnya lalu meninggalkan pesan kepada rakan sekerjanya lalu beliau
menghubungi kita semula tapi malangnya kita pula tidak mengingatinya. Tidakkah
itu akan menghampakan prospek/pelanggan tersebut? Dahlah beliau menghubungi kita
tapi malangnya kita buat endah tak endah sahaja.
Inilah satu oportuniti yang mungkin
akan kita terlepas begitu sahaja hanya kerana kita gagal mengingati tindakan
semalam dari kita. Prospek/pelanggan sudah pasti begitu kecewa dengan tindakan
kita yang kita gagal mengingati tindakan kita semalam hanya kerana kita memberi
alasan terlalu ramai yang kita hubungi prospek. Satu tindakan yang sepatutnya
kita jangan sama sekali biarkan ia nya mudah berlaku.
Bagi mengelakkan keadaan seperti ini
berlaku lagi, pastikan setiap penerimaan semula panggilan kepada kita
langkah-langkah berikut perlu dilakukan iaitu
i.                   
Berhati-hati dengan panggilan yang
diterima
Biasakan
nombor-nombor yang tidak disimpan dalam buku alamat telefon kita beri maklum
balas yang positif dahulu, jangan teragak-agak terlebih dahulu menanyakan
kepada pemanggil kenapa menghubungi kita. Kita yang lakukan jualan bermakna
kita sentiasa bersiap sedia menerima siapa juga yang menelefon kita.
ii.                 
Sentiasa bersedia menerima panggilan
telefon
Nampak sahaja nombor
yang tidak dikenali langsung kita buat tidak tahu sahaja mengandaikan nombor
tersebut tidak penting untuk dijawab. Perlu diketahui yang nombor kita ini
adalah nombor yang telah disebarkan di serata tempat bagi memudahkan
prospek/pelanggan menghubungi kita. Jangan biarkan telefon kita berdering lama
dan apabila bercakap dengan siapa pun juga yang menelefon kita pastikan secara
berhemah dan bernada baik kita menjawab kan kepada mereka.
iii.               
Jangan jadi seseorang yang cepat pelupa
Kita yang
memulakan langkah bukankah dari kita yang memohon prospek/pelanggan tersebut
menelefon kita semula ataupun melalui pengedaran flyers bermakna kita sentiasa
perlu ingat apa tindakan yang telah kita lakukan. Amat mengecewakan mereka
nanti jikalau kita katakan yang kita sudah melupai tindakan kita walaupun baru
sepuluh minit berlalu meninggalkan pesanan. Jangan mudah memberi alasan kerana
ini menunjukkan kita tidak serius dengan tindakan kita sendiri dan
prospek/pelanggan bukannya mahu mendengar alasan dari kita.
iv.                
Ketahui apa yang kita telah lakukan
Setiap yang telah
kita lakukan pastilah diketahui agar tindakan kita tidak dipandang rendah dan
remeh oleh orang lain. kalau agak-agaknya kita ini jenis orang yang pelupa
tindakannya belajarlah untuk mencatat dalam diari jualan kita sendiri supaya
kita boleh sentiasa ingat dan tahu apa aktiviti yang telah kita lakukan. hanya
kerana kita lupa dikhuatiri akan hilang begitu sahaja tindakan kita
v.                  
Jangan cepat melatah
Elakkan sama
sekali dan jangan dibiarkan menjadi satu tabiat yang perlu dikekalkan. Walaupun
kita bukannya sesempurna manusia yang dijadikan Allah tapi biarkan sempurna di
hati dan pandangan prospek/pelanggan kita sendiri. Prospek/pelanggan  sentiasa merasakan dan mengandaikan bahawa segala
tindakan kita akan apa yang telah kita lakukan sentiasa diketahui dan diingati
oleh kita sendiri.
Walaupun telefon yang diterima oleh
kita adalah peluang pertama dari prospek/pelanggan jangan sama sekali
disia-siakan begitu sahaja kerana ditakuti nanti tiada peluang yang kedua pula
muncul dari prospek/pelanggan yang sama. Biarlah pembuka kata dari kita
mempunyai nilai yang boleh menarik minat pemanggil untuk lebih berinteraksi
dengan kita dan cuba jangan dibuang sama sekali mod baik mereka terhadap
tindakan kita sendiri. Jangan sama sekali kita cipta rasa hormat mereka kepada
kita akan hilang begitu sahaja.
Pastikan untuk berjaya melakukan
jualan, kita telah benar-benar bersedia sepenuhnya untuk setiap panggilan
kembali kepada kita dan memastikan bahawa layanan pertama kita menjawab panggilan
tidak sama sekali membunuh peluang dan oportuniti jualan kita sendiri. 

39 total views, 1 views today

Jom beritahu kawan-kawan

Speak Your Mind

*