TERDETIK RASANYA

images

‘Kenapa lah susah sangat nak buat Sales ni? Nanti target tak achieved lah, pendapatan tak seberapa’

‘Orang lain boleh buat kenapa tidak pada diri ku ini? Koman sangat ke aku ni?’

‘Jumpa orang saja asyik gugup saja, bila sembang dengan kawan-kawan boleh plak tak ada gugup tu pula’

Fikirkan dan renungkan semula

‘Asyik kena mandi sahaja, nanti kena mandi balik’

‘Baru seminggu lepas di kerat kukunya, hari ni dah mula panjang semula?’

‘Sasaran dah dapat pun masih kena marah lagi?’

‘Penutupan jualan ok dah tapi untung hanya RM2.20 sen sahaja? Penat macam ni’

Mencari alasan demi alasan untuk mencari jalan nak lakukan apa yang mudah sahaja. Langsung tak mahu bersusah payah dibuatnya. Bila tak berjaya, langsung putus asa dan kecewa tak sudah-sudah. Seolah-olah hidup ini untuk menanggung kekecewaan dan berburuk sangka tak sudah-sudah. Habis segala takdir dipersalahkan seolah-olah langsung tiada kesalahan pada diri sendiri. Ini kah yang kita cari selama ini?

Kuatkan tekad, tabah dalam menghadapi apa juga cabaran dan ujian yang dihadapi. Segala gagal bukan bermakna gagal segala-galanya. Telah ketahui sukar dan memayahkan cari jalan untuk memudahkan dan menyelesaikan apa yang berserabut dalam fikiran. Berfikir sejenak cari semula mana silap dan salahnya agar kita tahu perbetulkan semula apa yang sepatutnya. Berikan yang terbaik dan sesempurna yang termampu agar kita dapat melakukan yang terbaik mengatasi penjual-penjual yang lain. Biarkan ia nya terdetik walaupun sesaat. Kalau memberikan impak yang positif teruskan sahaja tetapi kalau memberikan impak yang negatif perbetulkan semula tak perlu untuk bersedih dan merasa kecewa dan putus asa.

Hadapi untuk berjaya bukan kegagalan.

 

 

139 total views, 1 views today

Jom beritahu kawan-kawan

Speak Your Mind

*