TEMU JANJI DALAM GENGGAMAN

images

Mendapatkan temu janji memang antara sasaran utama dalam melakukan jualan. Selepas puas berhempas pulas mendapatkan temu janji adakah perlu untuk kita melakukan sambil lewa sahaja? Sudahlah sukar dan susah untuk mendapatkan temu janji ini tetapi bila bertemu langsung kegagalan pula yang kita terima langsung tiada penutupan jualan yang diperoleh. Amat malang jika situasi sebegini berlaku.

Ambillah tiga langkah berikutnya jika mahukan kejayaan apabila mendapatkan temu janji melakukan jualan iaitu dengan cara

  1. Pastikan setiap apa yang dilakukan ada perancangannya dari awal hingga ke akhir. Bukan membuta tuli atau main terjah tak tentu hala asalkan boleh dan mampu mendapatkan melakukan pertemuan yang dimahukan. Rancang sebaik-baiknya. Jika alami sebarang kesulitan sekurang-kurangnya kita tahu apa yang perlu untuk kita lakukan tindakan lain pula.
  2. Jangan terlalu menonjol menunjukkan kepandaian dalam menjual. Mungkin ada isu-isu yang boleh berlaku di luar dari pengetahuan sebenarnya diri kita jika dibandingkan dengan orang yang kita temui. Berkatalah secara jujur dan berhemah sama ada tidak mengetahuinya atau akan kembali semula memberikan sewajarnya jawapan yang dikehendaki oleh mereka. Ambillah tindakan merendah diri dari mendabik dada tidak tentu hala.
  3. Dapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan sebelum bertemu dan berjumpa tentang perwatakannya, jawatannya dan minatnya. Kalau tidak diketahui mungkin kita boleh mulakan pertanyaan demi pertanyaan kepada rakan setugasnya sebelum bertemu dengannya.

Hanya tindakan sebegini akan memudahkan lagi tugasan dalam menjual. Persediaan awal amat diperlukan. Bukan setakat fikirkan keuntungan, ganjaran dan komisen yang bakal diperoleh tetapi elakkan dari diri kita dimalukan begitu sahaja. Apa gunanya kita menjual kalau diri kita boleh dimalukan dan diaibkan dengan mudah tetapi kita langsung tidak berpeluang untuk membela diri dan perbetulkan mana yang salah dan tidak betulnya. Berhati-hatilah semoga dengan tindakan yang bijak dan betul sudah pasti kejayaan yang diidamkan akan diperoleh dengan mudah sama sekali.

 

 

157 total views, 1 views today

Jom beritahu kawan-kawan

Speak Your Mind

*