SENYUMLAH SENTIASA

images

 

Senyum kepada saudara (Muslim) mu adalah sedekah, menyeru kepada makruf dan melarang dari mungkar adalah sedekah, menunjukkan jalan kepada seseorang yang tersesat jalan adalah sedekah, menolong seorang yang penglihatannya kabur adalah sedekah, menyingkirkan batu-batu, duri-duri dan tulang (dari jalan) adalah sedekah dan menuangkan air dari timba mu kepada timba saudara mu adalah sedekah”. (Hadis Riwayat At-Tirmizi).

Terlalu banyak hikmah nya kalau dapat melakukannya. Nampak mudah tapi malangnya sehingga kini seolah-olah melakar sebentuk senyuman agak menyukarkan pula. Sama ada berhajat kepada sesuatu atau menemui kenalan yang dikenali barulah boleh lirikan senyuman dapat dilakukan. Alangkah ruginya kalau ini telah kita terapkan dalam diri kita. Sedangkan Rasulullah amat-amat menyarankan agar melakar sekuntum senyuman ini perlu sebagai satu sedekah kita kepada yang lain di samping melakukan beberapa kebaikan tanpa kita sedari.

Senyumlah selalu kerana dengan sentiasa tersenyum maka terdapat pelbagai faedah dan kebaikan yang boleh kita manfaatkan bersama iaitu

  1. Dengan senyuman akan membuatkan seseorang akan menampakkan lebih menarik dan terpikat dengan senyuman yang dilontarkan.
  2. Mereka yang terganggu emosi disebabkan marah, runsing dan hiba tiba-tiba boleh mengubah keadaan mereka hanya dengan senyuman yang diberikan.
  3. Keadaan yang tegang dan berkeceramuk boleh ditukarkan menjadi suatu yang harmoni dan menggembirakan.
  4. Mudah didampingi oleh sesiapa pun juga
  5. Menjadi satu kekuatan dalam jiwa dan sanubari bila berhadapan dengan orang ramai terutama yang tidak kita kenali.
  6. Nampak kejayaan kita melakukan jualan dengan memberi impak orang mudah percaya dan yakin kepada keupayaan kita menjual.
  7. Jangan dilupakan bahawa dengan senyuman adalah satu awet muda yang merupakan dengan hanya tersenyum rupanya satu senaman asas pada urat-urat di muka kita.

Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Yahya; Telah mengkhabarkan kepada kami Abu Khaithamah, daripada Simak bin Harb dia berkata; ‘Aku bertanya kepada Jabir bin Samurah; “Pernah kah kamu duduk bersama Rasulullah?” Jawab Jabir “Bahkan sering. Baginda biasanya belum berdiri dari tempat solat (di mana Baginda solat) subuh, sebelum terbit matahari. Apabila matahari telah terbit barulah Baginda berdiri. Selama duduk-duduk itu, para sahabat ada yang bercakap-cakap membicarakan urusan masa jahiliah, lalu mereka tertawa, sedangkan Baginda hanya tersenyum.” (Hadis riwayat Muslim 2322, Abu Daud : 1294, 1415, An-Nasaei: 1357, Ahmad : 19928)

Berikanlah senyuman kerana hanya dengan senyuman jualan akan menjadi satu tiket menarik perhatian orang kepada kita untuk mendengar apa yang ingin kita sampaikan dan jualkan kepada mereka. Bukan kena duit pun kalau kita asyik menghulurkan senyuman sahaja. Niat yang betul sudah pasti Allah akan membantu kita. Yang penting ‘First Impression’ kita kena betul kerana itulah sahaja nya untuk kita mendapatkan mereka hampir kepada kita meluang masa mendengar apa yang ingin kita sampaikan.

 

 

183 total views, 1 views today

Jom beritahu kawan-kawan

Speak Your Mind

*