REFERRAL – dari pelanggan dan rakan sekerja

Tindakan-tindakan mudah yang perlu kita lakukan untuk dapatkan referral
dengan banyak, mudah dan senang  adalah dengan cara
i.                   
Ceritakan
kepada pelanggan kita
Biasakan diri kita untuk meminta kepada pelanggan kita nama-nama
kawan-kawannya atau ia sememangnya mengetahui mana-mana kawannya yang
memerlukan produk atau perkhidmatan kita. Malu
bertanya sesat jalan
, begitulah umpamanya jika kita masih enggan
untuk membuka mulut kita sendiri untuk memintanya. Pelanggan
kita sudah pasti lebih mengetahui
kawan-kawannya yang mana
memerlukan produk/perkhidmatan kita. Sentiasa
ambil hatinya dan beri perhatian
kepadanya, pasti ia akan tetap
untuk membantu kita 
ii.                 
Berikan perkhidmatan
untuk memenuhi keperluan pelanggan
Lakukan yang terbaik bukan sahaja
mendapatkan penutupan jualan tetapi juga perkhidmatan
selepas jualan
. Kenal pasti apa keperluan mereka bagi memudahkan lagi
tindakan kita mengesyorkan jualan terhadap mereka. Bantu dan tunjukkan kepada
mereka kegunaan dan kelebihan yang ada setiap produk kita supaya bukan setakat meningkatkan lagi kepercayaan mereka kepada kita,
tetapi juga mereka merasakan amat mudah dan senang
untuk berurusan dengan kita
. Kita peka
segala kehendak dan keperluan mereka sudah pasti mereka juga akan peka terhadap
kita
.
 
iii.               
Rapat dan
kerapkan pertemuan
Semakin banyak
dan selalu dan bertemu
dengan pelanggan kita walaupun dengan niat
untuk menziarahi sahaja dengan berkata ‘Apa khabar’ pasti memberi impak yang
cukup besar kepada mereka. Walaupun berjumpa secara berselisih di kedai-kedai ataupun
di Pasaraya-pasaraya jangan lupa untuk bertanyakan
perkembangan terbaru
mereka. Semakin kerap
kita bertemu dan menghubungi pelanggan kita, semakin mereka menghargai

akan kehadiran kita kepada mereka.
iv.                
Mohon bantuan
dari kakitangan yang lain
Jangan lupa kepada
kakitangan kita sendiri
.
Tunjukkan produk/perkhidmatan kita kepada mereka supaya mereka tahu kewujudan produk/perkhidmatan
yang di tawarkan. Kakitangan kita juga pasti
mempunyai kenalan dan saudara mara
yang pasti boleh di lakukan
hebahan mulut di kalangan mereka. Sampaikan berita baik ini kepada mereka
supaya mereka juga boleh membantu kita secara
tidak langsung
. Membentuk budaya jualan di kalangan kakitangan
amatlah di tuntut dan di galakkan.
v.                  
Lantik duta
untuk kita
Berbaik dengan orang tiada salahnya,
beritahu kepada pelanggan kita  tentang
kehebatan dan kelebihan produk kita untuk mereka tolong dan bantu kita semula
berdasarkan kepada perhubungan baik antara kita dan pelanggan kita. Semasa
bertemu dan bersembang ajarkan kepada
pelanggan-pelanggan kita info asas dan berguna untuk mereka tentang
produk/perkhidmatan
mereka supaya pelanggan kita lebih mudah untuk menyampaikannya pula kepada kenalannya
pula. Hargai bantuan dan pertolongan
mereka jika terdapat pelanggan kita memberikan prospek baru kepada kita. Ini
akan mengakibatkan mereka akan sentiasa bersemangat untuk membantu kita lagi
dan lagi.
vi.                
Peringatkan sentiasa
Wujudkan suasana budaya jualan di kalangan
kakitangan dengan meletakkan poster-poster dan
risalah tentang kebaikan dan kelebihan produk/perkhidmatan
yang di
tawarkan. Sentiasa kemas kini maklumat dan info
akan memberikan kefahaman yang mendalam kepada mereka. Tunjukkan prestasi
terkini kita kepada mereka supaya mereka lebih memahami dan mengetahui.
Hantarkan e-mel yang berkaitan, maklumkan dalam mesyuarat mingguan atau
bulanan, sebarkan sebarang risalah kepada mereka dan kerap kali ceritakan apa hasrat dan kemahuan kita sendiri
kepada mereka supaya mereka lebih mengetahui dan meyakini kepentingan jualan
pada organisasi dalam diri mereka sendiri.
vii.              
Raikan
kejayaan
Tunjukkan kegembiraan kita jika mendapat
sebarang perkhabaran yang memberikan keuntungan dan memberikan kesan yang
positif pada jualan di tempat kita. Biarkan mereka lebih mengetahui supaya
mereka sentiasa tahu kepentingan melakukan jualan kepada pelanggan-pelanggan
dan kenalan mereka.  Ini secara tidak
langsung mereka akan menjaga tahap perkhidmatan
mereka kepada pelanggan-pelanggan
 
sedia ada dan baru yang kita sendiri bawa masuk. Jangan fikirkan keuntungan diri sendiri
sahaja tetapi jua fikirkan sekali orang lain kerana kita sebenarnya bekerja
dalam satu kumpulan dan tidak sama sekali bergerak berseorangan.
Kurangkan kos operasi kita,
perlihatkan kekuatan kita dengan haya mencari leads yang terbaik dan berkualiti
hanya dari pelanggan dan kakitangan kita sendiri.
Kemungkinan untuk mendapatkan penutupan jualan
mempunyai peluang yang tinggi di jangka dalam
90%
untuk mendapatkannya. Buat kerja
mudah dan senang
dari kita mencari leads yang mengambil masa ke
tidak tentuan mendapatkan penutupan jualan yang di kehendaki atau pergi ke hulu
ke hilir mendapatkan pelanggan yang baru yang kita sendiri tidak pasti prospek
tersebut mahu atau tidak produk yang akan kita tawarkan nanti kepada mereka.
Jangan buang masa, tenaga dan wang ringgit kita dengan begitu mudah sama
sekali.  

43 total views, 1 views today

Jom beritahu kawan-kawan

Speak Your Mind

*