PERLUKAH KEPADA PERANCANGAN?

images

Semuanya memerlukan keputusan segera. Pendapatan dan perolehan yang dimahukan pasti mahukan secepat yang mungkin. Mana nak bayar bil, miliki barangan keperluan, membayar segala hutang piutang dan juga menampung keperluan kehidupan. Semuanya perlukan perancangan agar wang tidak putus dan peroleh setiap jualan yang dilakukan akan ada hasilnya seperti mana yang dimahukan.

Semuanya memerlukan perancangan, bagaimana kita perlu untuk melakukannya dan mempertahankan prestasi sedia ada. Fikirlah perancangan untuk jangka masa pendek dan juga jangka masa panjang. Jangan sama sekali asyik fikirkan jangka masa pendek sahaja tanpa adanya jangka masa panjang. Dua-duanya penting untuk kita merencanakan dan melaksanakannya pula.

Bagi jangka masa yang pendek menghubungi pelanggan pada data-data pelanggan sedia ada dengan cara mendapatkan temu janji sebanyak yang termampu. Sekurang-kurangnya jika ditakdirkan penutupan jualan tidak dapat dilakukan pastikan kita meminta referral dari mereka pula agar tidak sama sekali mudah terputus melaksanakan perancangan jangka masa pendek kita pula. Pohonlah secara berhemah dan bersopan untuk mendapatkan referral atau perujuk sebanyak yang termampu. Lakukan sentiasa agar perancangan jangka masa pendek tidak sewenang-wenangnya terputus begitu sahaja.

Jangan pula diabaikan tentang jangka masa panjang pula. Perlukan perancangan juga walaupun untuk satu jangka masa panjang. Mencari peluang dan oportuniti bukan satu yang sia-sia tetapi menyasarkan bakal pelanggan idaman amat diperlukan sama sekali. Di masa yang sama untuk satu jangka masa yang panjang memerlukan jalinan perhubungan yang mesra dan baik, mendapatkan kepercayaan mereka dan kenali isi budi mereka mengikut kesesuaian masa kita dan mereka. Penting bagi kita untuk mendapatkan kepercayaan dan persahabatan agar bila-bila masa di hadapan kita mudah melakukan jualan terhadap mereka.

Beringatlah ada kalanya tindakan kena segera dan ada kalanya juga tindakan kena diperlahankan. Semuanya bergantung pada perancangan tidak kiralah sama ada yang pendek atau jangka masa panjang. Inilah hakikatnya sama ada jangka masa pendek atau panjang ia nya adalah saling berkait antara satu sama yang lain. Jangan abaikan sama sekali. Rancanglah sebaik mungkin merangkumi kedua-duanya. Kita berjaya merancang sudah pasti hasilnya akan memenuhi apa juga yang kita mahukan. Berikan yang terbaik agar kita tidak menyesal sama sekali.

 

 

 

128 total views, 1 views today

Jom beritahu kawan-kawan

Speak Your Mind

*