PERGUNAKAN BAZAR ATAU TAPAK EKSPO

Sumber foto : wheresmytehtarik.blogspot.com

Menjadi satu trend terkini menjual di bazar atau medan ruang niaga cukup
mendapat sambutan dari usahawan-usahawan bumiputera untuk berniaga. Bilamana
terdapat expo atau festival apa juga sekalipun sambutan amat
menggalakkan. Memang cukup teruja dibuatnya. Penuh orang berniaga penuh juga
orang yang meninjau dan membelinya. Selagi mudah untuk didapati dan dilawati oleh
orang ramai selagi itulah tidak perlu merasa risau sama ada boleh ataupun tidak
untuk mendapat sambutan atas produk yang ditawarkan.
Terdapat banyak kelebihan dan keistimewaannya jika dapat menjual dalam
bazar atau medan niaga yang diwujudkan oleh penganjur. Tak mencuba manakan nak
tahu tapi setelah mencuba sudah pasti hendak lagi. Antara kelebihan dan
keistimewaannya kenapa perlu menjual di bazar atau di tapak medan niaga yang
disediakan ini adalah kerana
1.   
Tapak sewa yang murah dan mampu sewa pada
kadar harga yang berpatutan
2.  
Lokasi sentiasa di tempat strategik dan
tumpuan orang ramai
3.  
Bakal pembeli atau pelanggan cukup mudah
untuk mencari dan mendapatkannya
4.  
Mesra dan dekat pelanggan sama ada telah
atau belum mengenali produk yang ditawarkan
5.  
Ambil kesempatan cukup mudah perkenalkan
produk yang ditawarkan kepada pasaran
6.  
Menambahkan lagi promosi perniagaan secara
berterusan
7.  
Memudahkan lagi pelanggan mencari dan
mendapatkan produk
8.  
Segala permasalahan dan tanda tanya
pelanggan cukup senang untuk diberi penyelesaiannya
9.  
Mengujudkan dan memberikan gambaran pada
orang ramai tentang produk dan imej perniagaan kepada mereka
10.               
Sesama orang menjual sudah pasti dapat
membina rangkaian jaringan perniagaan dalam membina silaturahim dan usaha sama
Memang akan ada sedikit peruntukan dan keluar modal sedikit tapi kalau
memudahkan lagi menambahkan keuntungan kenapa perlu disisihkan dari
menyertainya? Segala wang ringgit, tenaga dan masa jangan dibazirkan.
Manfaatkan segala yang elok dan pasti. Lagi rajin kita menyertai segala bazar
dan medan niaga yang dibuka kepada para peniaga selagi itulah bukan setakat
untung sahaja boleh kita terima tapi nama produk dan membantu selesaikan
masalah mereka akan memudahkan lagi tugasan kita dalam menjual. Pergunakan
segala kemudahan yang disediakan agar setiap peluang yang ada masih tetap dalam
genggaman kita.


27 total views, 1 views today

Jom beritahu kawan-kawan

Speak Your Mind

*