PELANGGAN ADALAH PROSPEK TERBAIK

images

Yakinilah bahawa pelanggan yang sedia ada merupakan nadi kepada jualan kita. Tanpa mereka siapakah kita dalam melakukan jualan. Dengan pembelian mereka dan jualan berulang sudah pasti punca pendapatan dan sokongan atas kepercayaan mereka atas jualan yang telah di lakukan kepadanya. Kalau ini dapat kita jagakan pada mereka atas mutu perkhidmatan dan kepercayaan yang ada pada mereka sudah pasti akan lebih memudahkan lagi kita untuk melakukan jualan.

Inilah tugasan yang perlu dilakukan bukan setakat menjual sahaja. Perhubungan dan keakraban kita pada mereka turut sama perlu untuk kita belai dan menjaganya sebaik mungkin. Hubungan silaturahim dan ukhuwah yang terjalin jangan sama sekali kita calarkan begitu sahaja. Ambillah tindakan dengan melakukan

  1. Sentiasa menghubungi mereka walaupun hanya bertanya khabar.
  2. Menyatakan promosi-promosi baru untuk pengetahuan mereka.
  3. Menjaga adab susila persahabatan dan ukhuwah yang dijalinkan.
  4. Berikan keutamaan kepada mereka terlebih dahulu jikalau dirasakan ada produk-produk yang boleh menguntungkan mereka lagi.
  5. Layanan kelas pertama perlu dilakukan.
  6. Jaga mana yang telah dan sudah menjadi pelanggan dari terlalu sibuk mencari prospek yang sudah tentu tidak di ketahui mampu atau tidak menjadi pelanggan kita.
  7. Akhlak kita adalah segala-galanya dalam mendapatkan kepercayaan mereka terhadap kita. Buang sikap angkuh, sombong dan bongkak yang tidak menentu terhadap mereka.
  8. Buang yang keruh ambil yang jernih meskipun kita mungkin kadang kala cukup meluat dengan telatah dan tabiat buruk mereka yang telah kita ketahui.
  9. Pastikan setiap permasalahan dan kesusahan pelanggan dapat kita bantu dan tolong menerusi produk yang kita tawarkan sehingga kepercayaan mereka benar-benar kita peroleh.

Sabda Rasulullah SAW ‘Jangan engkau memandang kecil perbuatan yang baik walaupun sekadar bermuka manis apabila bertemu dengan sahabat’ (Hadis Riwayat Muslim).

Berilah yang terbaik pada pelanggan yang sedia ada. Pelanggan sudah berada di hadapan kita, maka inilah masanya untuk kita menjaganya dengan sebaik yang mungkin. Jangan di hilangkan begitu sahaja nanti sukar pula mendapatkan jualan berulang dan mendapatkan referral dari pelanggan pula. Nak cari yang baru sekalipun pastikan yang lama jangan diabaikan pula. Lakukanlah dengan sebaik yang mungkin.

 

106 total views, 1 views today

Jom beritahu kawan-kawan

Speak Your Mind

*