KEPENTINGAN MEMBINA HUBUNGAN

Pelanggan
datang dan pergi. Sesenang datang untuk hadir melihat sendiri produk yang
dicarikan dengan apa yang kita tawarkan semudah itulah mereka akan lenyap
begitu sahaja. Di masa kini mencari maklumat dan informasi yang dimahukan
semudah melayari laman sesawang sahaja atau mencari komen dari orang ramai
tentang produk yang diminatinya. Betapa senang dan mudahnya mereka mendapatkan
apa sahaja yang dimahukan dengan menaip apa bentuk produk sekalipun hanya
meminta bantuan dari Google atau Yahoo sahaja.
Semuanya dengan pantas dan cepat segala maklumat yang di mahukan pasti menjelma
di hadapan komputer atau telefon bimbit mereka begitu sahaja.
Pilihlah
sewenang-wenangnya hanya melayari Internet sebelum membuat keputusan sama ada
mahu atau tidak untuk membelinya.  Betapa
mudahnya mendapatkan pengetahuan produk tanpa perlu bantuan dari mana-mana
jurujual dan penerang produk yang boleh memberikan kefahaman yang jitu. Segala
spesifikasi, jenis, jenama, bentuk dan sebagainya bagai berada di hujung jari
sahaja untuk mendapatkannya.
Inilah peranan
kita yang melakukan jualan secara konvensional yang masih memerlukan bertemu bakal
pelanggan secara bersemuka atau berinteraksi dengan mereka. Tak perlu berikan
mereka pandai dan faham tentang apa produk yang ditawarkan cukuplah dengan
mencipta hubungan yang baik dan akrab terlebih dahulu. Hubungan yang baik pasti
akan menanamkan kepercayaan mereka terhadap kita memudahkan lagi mereka
menerima produk yang ditawarkan dengan cara
i.            
Per banyakkan soalan yang membolehkan kita tahu apa sebenarnya
mereka cari selama ini untuk kita sesuaikan dengan produk yang ditawarkan.
ii.          
Bina kredibiliti kita di hadapan mereka untuk hulurkan sebarang
bantuan yang diperlukan bagi memudahkan lagi proses menerima akan apa yang
ditawarkan
iii.         
Pastikan setiap janji mesti dipenuhi walaupun berjanji untuk
bertemu di masa hadapan. Setiap janji yang diberikan perlu dikotakan kerana
sekali kita memungkiri janji sampai bila-bila mereka tidak akan percayai lagi
tindakan kita
iv.         
Tunjukkan kesungguhan dan komitmen kita pada mereka agar
komitmen mereka boleh pula kita peroleh
Jangan buang
masa dan mendabik dada mengatakan kita tahu segala-galanya tentang produk yang
ditawarkan andai kata jalinan hubungan dengan mereka tidak dapat kita genggam. Sia-sia
sahaja kehebatan kita dalam mengetahui produk sebagai seorang pakar andai kata
nak menjual pun masih gagal dan mendapatkan kepercayaan mereka. Belajar membina
hubungan dan silaturahim secara akrab dan intim agar kepercayaan dan keyakinan
mudah untuk diperoleh. Bersesuaian dengan Sabda Rasulullah “Barang siapa yang
ingin diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya (kebaikannya) maka jalinkanlah
silaturahim
” (Hadis Riwayat Al-Bukhari). Terlalu banyak hikmahnya.

534 total views, 1 views today

Jom beritahu kawan-kawan

Speak Your Mind

*