JANGAN BAGI HILANG PELANGGAN BEGITU MUDAH SEKALI

images

Sesuatu yang perlu dirisaukan adalah pelanggan sedia ada mungkin akan terlepas begitu sahaja. Dirasakan bukan main kepung pelanggan ini tetapi malangnya semakin lama semakin hilang begitu sahaja pelanggan-pelanggan yang ada. Adakah apa yang kita lakukan selama ini telah cukup bagi kita menjaganya? Inilah yang perlu untuk dirisaukan setelah penat dan berhempas pula mendapatkannya tiba-tiba sahaja kita begitu mudah pula kehilangan mereka. Siapa yang perlu untuk dipersalahkan?

Inilah yang perlu untuk kita jagakan. Bukan setakat jualan dan perniagaan kita sahaja tetapi pelanggan yang sudah menjadi pelanggan sedia ada kita perlu untuk kita menjaga sama. Tak perlu mendabik dada kalau dirasakan pelanggan yang baru semakin bertambah tetapi dalam masa yang sama pelanggan sedia ada semakin menghilangkan diri semakin jauh daripada kita. Adakah tindakan sebegini yang kita mahukan.

Inilah realiti yang ada dan sedang dilalui. Gah melakukan jualan namun kalau pelanggan sedia ada asyik hilang dengan senangnya bagaimana kita mampu untuk mendapatkan jualan berulang dan mengekalkan mereka kepada kita. Kepercayaan dan keyakinan mereka terhadap kita rupanya semakin hilang dan pupus begitu sahaja. Alangkah malangnya jika ini berlaku di hadapan kita kononnya boleh membina pengkalan data yang besar buat diri kita untuk jangka masa panjang rupa-rupanya hanya boleh menjual sekali itu sahaja. Memang merugikan.

Ambil langkah pertahankan mana yang ada di samping mencari dan meneroka pelanggan yang baru pula. Antara yang perlu dilakukan adalah

  1. Sediakan masa bertanya khabar bukan menunggu ada produk baru hendak bertanya khabar.
  2. Sentiasa ketahui keperluan dan kemahuan mereka dalam melakukan jualan berulang.
  3. Berterima kasih setiap kali bila bertemu atau bersua muka.
  4. Dalam apa keadaan sekalipun sentiasa bertanggungjawab atas produk yang telah mereka terima daripada kita.
  5. Jangan lupa berdoa setiap masa mohon pertolongan dan bantuan daripada Allah yang kita ini seorang insan yang lemah di sisi Nya agar dipermudahkan dan disenangkan setiap kali kita berurusan dengan pelanggan.

Lakukanlah lima perkara di atas agar kekecewaan tidak berlaku. Segala penat lelah mendapatkan mereka masih mampu lagi kita simpan dan jadikan senjata jualan kita di masa hadapan untuk menerima tawaran yang dikemukakan nanti. Jujur dan ikhlas, dua sifat murni yang perlu ada dalam diri kita yang menjual agar keyakinan dan kepercayaan mereka terhadap kita sehingga akhir hayat kita tidak akan pernah luntur sama sekali.

 

 

144 total views, 1 views today

Jom beritahu kawan-kawan

Speak Your Mind

*