IKLAN TERBAIK ADALAH BERCAKAP

images2

Salah satu skil atau kemahiran yang di perlukan dalam melakukan jualan adalah berkomunikasi. Tak perlu pandai berpidato atau melakukan syarahan, cukuplah sekadar boleh bercakap dan bersembang dengan siapa pun yang ditemui. Asalkan mereka faham dan ketahui apa yang kita tawarkan sudah cukup memadai buat kita yang menjual. Tidak petah tak apa lagi asalkan masih mampu menarik minat mereka untuk mendengarnya terlebih dahulu akan setiap penerangan dan keterangan yang diberikan adalah lebih baik. Janganlah asyik nak syok sendiri sahaja merasakan apa yang kita perkatakan mereka pembeli sudah pasti boleh menerimanya.

Memberikan penerangan dan pengetahuan produk kepada mereka merupakan satu iklan bergerak paling baik untuk dilakukan dan diamalkan. Tak kena duit pun tapi perlukan komitmen dan masa yang lebih bertemu dan bersua dengan seorang demi seorang ataupun berkata-kata dalam satu kumpulan yang kecil. Asalkan ada kemesraan dan keceriaan dalam pertemuan di sertakan sekali dengan adab-adab pertemuan yang tidak menyakitkan hati seseorang adalah lebih baik dan memudahkan lagi tugasan dalam menjual.

Biarlah ringkas, mudah di fahami tetapi padat dan mudah diterima adalah lebih baik tindakan tersebut dari bercakap berbelit-belit, panjang berjela hingga tiada noktahnya sehingga sesiapapun yang mendengarnya merasa cukup bosan dan menyampah dibuatnya. Ketelusan dan kesungguhan kita memberi penerangan dan kefahaman yang jitu amat-amat digalakkan. Barulah boleh dijadikan bercakap ini adalah satu iklan semula jadi yang cukup efektif dan amat-amat boleh diperlukan pada bila-bila masa sahaja.

Bercakaplah dengan baik, bersopan dan berhemah. Jangan sakiti hati orang yang mendengarnya apatah lagi bersua muka dengan mereka. Berkomunikasilah dengan memberi peluang kepada mereka untuk bertanya balas semula kepada kita agar setiap kekaburan dan ketidakfahaman kepada mereka dapat dileraikan dengan sebaik yang mungkin. Inilah iklan terbaik buat diri kita yang patut kita pergunakan ketika mana kita melakukan jualan.

 

 

297 total views, 1 views today

Jom beritahu kawan-kawan

Comments

  1. Terbaik boss…

Speak Your Mind

*