BERHATI-HATI DALAM MENDAPATKAN KHIDMAT NASIHAT

images

Sayidina Uthman Bin Affan pernah berkata;

  1. Janganlah terima nasihat daripada orang yang kedekut kerana dia akan melemahkan semangat dan menakutkan kamu sehingga menjadi miskin.
  2. Janganlah terima nasihat daripada orang yang pengecut kerana dia akan melemahkan semangat kamu
  3. Jangan terima nasihat daripada orang yang tamak kerana dia menanamkan sifat tamaknya kepada kamu dan menjadikan kamu zalim.

Sikap kedekut, pengecut dan tamak akan menghakiskan keyakinan seseorang terhadap Allah’.

Begitulah juga dalam kita melakukan jualan dan perniagaan. Hidup di dunia ini untuk mengejar akhirat bukannya semuanya akan memberikan keikhlasan dan kejujuran seperti mana yang kita mahukan dan kehendaki. Ada orang sememangnya mahu melihat kita semakin maju dan berjaya tapi kena ingat juga sudah pasti ada orangnya pula suka sangat kalau melihat diri kita jatuh terduduk tak bangun-bangun lagi. Gembira bilamana kita jatuh dan merasa bimbang yang amat sangat bila kita berada diambang kejayaan.

Inilah adat resam kehidupan di dunia. Kena pandai mencari kawan dan kenal pasti siapa lawan kita sebenarnya. Niat di hati mahukan mendapat nasihat supaya diri kita sentiasa bersemangat waja untuk melakukan jualan tapi sebenarnya menjadi lain pula dengan kata-kata nasihat yang diberikan pula kepada kita. Berhati-hati juga dalam mendapatkan nasihat kerana hati budi seseorang bukannya kita boleh ketahui sedalam-dalamnya.

Hajat di hati ingin mendapatkan seorang mentor yang boleh membimbing dan mengajar kita di samping memberikan galakan motivasi terbaik buat kita dalam menceburi perniagaan dan penjualan tetapi bila sudah berada diambang kejayaan sudah menjadi lain pula. Belajar dari pengalaman yang ditempuh dan jangan mudah percaya dan yakin dengan kata-kata pujian dan penghargaan yang diberikan. Mungkin ada udang di sebalik batu yang mungkin tidak kita ketahui.

Belajar mengambil kata-kata nasihat dan perangsang motivasi diri dari beberapa orang yang mungkin atau tidak kita kenali dan bukannya percaya sepenuh hati pada seseorang sahaja sehingga menjadi pengikut setia dan sanggup mati kerananya pula. Kalau ini dapat kita amalkan bermakna semakin banyak boleh kita pelajari dari orang-orang yang kita mohon dan pohon pandangan dan pendapat mereka dari pelbagai sudut. Bersusah-susah dahulu tak apa dari kita menanggung kesusahan di kemudian hari.

Ambil iktibar dan pengajaran dari apa yang kita pelajari walaupun dari orang yang asyik jatuh dalam jualan dan perniagaannya. Belajar sesuatu bukan bermakna belajar dari orang yang telah berjaya sahaja tetapi dalam masa yang sama apa yang telah ditempuh dari orang-orang yang gagal perlu juga kita ketahui agar di masa hadapan kita tidak melakukan perkara yang sama seperti mana mereka yang gagal telah lakukan.

Pelajarilah sesuatu agar kesempurnaan kita menjual dan berniaga akan menjadi lebih mudah lagi untuk dilakukan.

 

 

120 total views, 1 views today

Jom beritahu kawan-kawan

Speak Your Mind

*