Ayat biar betul

Penyebaran maklumat produk melalui kain rentang
dan risalah amat diperlukan. Memaklumkan kepada orang ramai apa produk yang
ditawarkan berada di pasaran dengan harapan orang ramai yang membaca maklumat
tersebut akan terus menghubungi kita dengan segera dan cepat. Sememangnya itu
yang kita mahukan. Setiap kos yang dikeluarkan memerlukan pulangannya dapat
digantikan semula agar kerugian dapat dielakkan sama sekali. Kerana itu nombor
talian telefon dipamirkan maklumat tersebut agar lebih mudah bagi mereka yang
berminat dapat berhubung terus tanpa menemui kegagalan.
Bagaimana pula kalau surat tawaran, e-mel ataupun
SMS dilakukan? Masih sama rentaknya. Menghantar segala maklumat akan produk
yang kita tawarkan di hantar terus kepada mereka secara personel. Pasti mereka
akan membaca apabila mereka menerimanya. Ayat yang sama dengan nombor talian
telefon yang sama masih terus kita lakukan seperti mana kain rentang atau
risalah yang kita pamir dan edarkan. Menunggu dan mengharap agar mereka yang
melihat, membaca dan menerimanya secara khusus dapat sangat menghubungi diri
kita.
Semuanya telah diusahakan dengan melakukan
pelbagai cara. Tapi malangnya masih terdapat kekurangannya dalam mendapatkan
temu janji. Ini belum soal mendapatkan penutupan jualan lagi. Terdapat
perbezaan kaedah dan cara antara tatapan orang ramai dengan prospek/pelanggan
yang kita sasarkan. Bagi prospek/pelanggan yang disasarkan, ayat yang dihantar
perlu ada kelainannya dan jangan sama sekali di samakan seperti kita lakukan
pada kain rentang atau risalah-risalah yang kita hantar.
Mungkin perkara sebegini boleh kita ubah ayatnya
apabila melakukan penghantaran SMS atau
e-emel
kepada sasaran prospek/pelanggan dan pastikan ayat tersebut tidak
sama dengan apa yang ada pada kain rentang atau risalah yang kita edarkan iaitu
dari
Jika
berminat atau untuk mengetahui lebih lanjut sila berhubung…….
Dengan
Saya akan
menghubungi Encik/Cik/Puan pada minggu hadapan bagi membincangkan lebih lanjut
Maklumkan dan beritahu awal tentang kesudian kita
menghubungi prospek/pelanggan yang akan kita telefon dengan harapan mereka
telah bersedia menunggu panggilan dari kita.Kena ubah sedikit untuk mendapatkan
impak yang besar kembali kepada kita. Dah kata nak hubungi mereka minggu
hadapan jangan pula dilupakan pula. Pastikan setiap kali kita lakukan
penghantaran satu program peringatan semula dapat kita lakukan sebelum
penetapan temu janji boleh diperoleh. Tak cuba mana nak tahu berjaya atau
tidak. Yang penting lakukan dahulu agar kita tahu kesan dan impaknya bila kita
melakukannya.
Kaedah untuk mendapatkan pelanggan perlu ada.
Bukan perancangan sahaja tapi tindakan kena ada. Lakukan jualan bukan bermakna
pelanggan cari kita tapi sebenarnya kita yang perlu mencari pelanggan. Jangan
putus asa dan mudah kecewa tapi sentiasa rajin dan mahu untuk mencarinya tidak
kira dimana dan bagaimana kita boleh mendapatkan prospek/pelanggan tersebut. 

39 total views, 1 views today

Jom beritahu kawan-kawan

Speak Your Mind

*