6 TINDAKAN KENAPA PERLU MINTA SAJA REFERRAL

images

Hampir merah padam dibuatnya prospek atau pelanggan yang berada di hadapan kita bilamana kita bertanyakan tentang referral pada mereka. Tanyakan tentang nama-nama rakan sekerjanya, jiran-tetangganya mahupun adik beradiknya pula. Tidak dinafikan bukan mudah dan senang untuk mendapatkannya. Kesemuanya bergantung kepada kepercayaan mereka terhadap kita.

Elok kita menjual sehingga penutupan jualan boleh berlaku bermakna semakin besar peluang kita mendapatkan referral daripadanya. Tidak mudah untuk mendapatkannya tapi bukan bermakna tidak mustahil untuk memperolehnya dari mereka. Kesemuanya bergantung kepada kita sama ada boleh atau tidak untuk memohon daripada mereka.

Pentingnya kita memohon referral daripada mereka adalah kerana

  1. Mendapatkan penutupan jualan dari referral yang diterima adalah terlalu tinggi kemungkinannya. Amat membantu dan memudahkan lagi untuk kita melakukan jualan.
  2. Peluang dan kos yang berlaku amat rendah jika tumpuan kita pada referral yang di peroleh. Tidak perlu lagi bersusah payah menyasarkan lagi prospek yang kelibatnya tidak kita ketahui sama ada mahu atau tidak untuk menerimanya lagi.
  3. Mereka berikan referral kepada kita bermakna mereka sudah mula percaya akan kredibiliti diri kita dalam melakukan jualan. Di samping memudahkan diri kita melakukan jualan berulang kepada mereka atas kepercayaan yang telah ada pada mereka dalam masa yang sama memudahkan lagi referral yang ada untuk mempercayainya sama.
  4. Jangan biarkan harapan tinggal harapan. Rajin buka mulut untuk meminta daripada mereka. Tak cuba pasti tak tahu. Bila dah di cuba dan mendapat respons yang baik bermakna dapatkan seramai yang mungkin daripada mereka sebagai bekalan kita memudahkan lagi melakukan jualan.
  5. Adanya referral bermakna memudahkan lagi untuk menjual jika dibandingkan dengan orang yang tidak kita kenali kita cuba sebaik mungkin untuk menjual. Inilah yang di katakan kadang-kadang ‘Work Smart’ dari “Work hard’ perlu ada dalam diri kita untuk dilakukan.
  6. Bukti hebahan mulut dari pelanggan kita kepada kenalan-kenalannya tentang betapa positifnya produk kita padanya yang boleh diadaptasi juga kepada kenalannya pula.

Bukankah ini lebih memudahkan lagi untuk kita melakukan jualan. Buang rasa malu dan rendah diri untuk mendapatkannya. Kita bukannya minta sedekah wang ringgit dari mereka cukuplah sekadar meminta nama-nama dari mereka sahaja. Lebih dari memadai demi memudahkan lagi tugasan kita melakukan jualan.

 

 

132 total views, 1 views today

Jom beritahu kawan-kawan

Speak Your Mind

*