5 PERHATIAN YANG PERLU DI BERIKAN SEMASA MALAM HARI

images

Terlalu luas untuk di perkatakan tentang perniagaan di malam hari. Membuka kedai makan, stall burger, stesen minyak, uptown termasuklah MLM masih cuba mendapatkan pelanggan seramai yang termampu. Tidak mengira hari malam walaupun hujan sekalipun tetap mencuba untuk melakukan jualan walaupun mungkin terdapat pelbagai halangan dan rintangan yang terpaksa untuk ditempuhi.

Inilah lumrah dalam melakukan jualan. Sekalipun malam berlabuh semakin pekat gelapnya namun mencari peluang sudah pasti tidak akan disia-siakan begitu sahaja. Peluang yang datang mungkin sekali namun kalau disia-siakan sudah pasti menanggung rugi begitu sahaja.

Apa yang perlu di lakukan apabila melakukan jualan di sebelah malam pastikan

  1. Tahap kesihatan yang terbaik dapat kita berikan
  2. Rehat di siang hari biarlah benar-benar mencukupi agar tidak mengganggu agenda jualan kita dengan rasa pening, menguap dan rasa mengantuk lah pula.
  3. Kenal pasti sasaran yang sebenarnya agar tidak berlaku silap orang dan sasaran
  4. Tahu benar-benar apa fokus kita untuk melakukannya
  5. Jangan memaksa mereka tapi ketahui mereka juga di tahap seperti kita masih belum mengantuk dan boleh menerima presentasi kita melakukan jualan

Jangan tergopoh gapah tapi lakukan sebaik mungkin memberikan kesedaran dan pengetahuan yang baik tentang produk yang hendak dijual. Masa kita boleh diuruskan tapi bagaimana pula masa pelanggan yang di hadapan kita? Semuanya kena ada sikap prihatin dalam melakukannya. Jangan hanya hendak mengejar keuntungan kita masa orang lain pula kita ganggu gugat waktu emas mereka untuk bersama keluarga dan berehat. Bertanyalah dengan sebaik mungkin secara ikhlas dan jujur.

Pastikan keselamatan diri perlu diutamakan baik ketika sebelum, semasa dan selepas melakukannya. Malang tidak berbau. Ambil tindakan berhati-hati agar tiada rasa penyesalan di kemudian hari. Nak lakukan jualan bukan setakat satu hari sahaja tetapi mungkin mengambil masa yang lama untuk melakukannya pula.

97 total views, 1 views today

Jom beritahu kawan-kawan

Speak Your Mind

*